Wednesday 27 July 2011

Sekolah Rendah

Sekolah Kebangsaan bukit tunggal a.k.a SKBT. sekolah lama dulu. aduhai! susah la nak ingat memori lama ni, buat pening je tapi tak apa la, assignment punye pasal, buat je la dengan hati yang ikhlas walaupun terpaksa. Mula-mula nak cerita mengenai sekolah ni, SKBT ni adalah satu sekolah, tempat cikgu ajar pelajar la maksud aku, sekolah aku sangat la cantik sampai aku sendiri dah malas nak tengok sebab bimbang riak pula. Tak pasal-pasal dapat dosa. Senang cerita macam ni la, tengok sendiri la gambar di bawah ni, kalau aku puji korang tak percaya pulak.

 hah!!! tengok la sendiri, cantik kan? memang la ni bukan gambar sekolah, ni la gambar pustaka sekolah, betapa indah dan permai suasana pustaka sekolah aku kan? hehehe. kalau pustaka dah secantik ini, sekolah tak perlu cakap la, berlipat kali ganda lebih cantik. EH!, APA YANG AKU MEREPEK NI, bukan nak cerita pasal keindahan sekolah la, ni nak cerita, masa di sekolah ni, aku jadi pengawas pustaka, aku tak la hebat mana, cuma penolong ketua pustaka je.

Tapi biasa la, budak kecik, bangga bila dapat pangkat tapi, kerja? haram aku buat. Hahahaha, aku kan pembantu ketua, aku arah anak buah je lar. Semua orang yang ada di bawah aku, aku arah je ikut hati aku, alarrr... ketua pustaka pun aku arahkan,apatah lagi anak buah, aku pun keliru, siapa yang ketua sebenarnya. Tapi aku tak peduli, apa salahnya 'Queen Control' kan? sekali sekala je.

aihhh?? Tiba- tiba je gambar lencana sekolah ni, haaaaa, ni lencana sekolah aku,
cantik kan? dulu lencana ni aku buat tak endah je. Apa yang ada pada lencana? baik nama aku, ada makna tersirat lagi.hehehehe. Bila aku masuk sekolah menengah baru aku tau, lencana ni melambangkan sekolah rupanya, setiap sekolah ada lencana masing-masing. Aku ingatkan sekolah aku je ada lencana cantik ni, sekolah lain ada juga rupanya. Tak boleh la aku nak bangga. ( ; _ ; ).

Antara pengajaran yang saya dapat dalam....eehhh!!!! berhenti! kenapa ayat karangan pula ni, aku dah besar la, lagipun ini blog bro, bukannya karangan spm. ish3. Sekolah ni la yang ajar aku untuk jadi pustakawan yang gila kuasa. Hehehe, gurau je, jangan jadi orang yang gila kuasa ye. Sekian. Sila la bagi komen kat bawah.

2 comments: