Tuesday, 16 August 2011

Peristiwa

Pada kali ini, aku nak luahkan mengenai satu pengalaman yang memang aku tak boleh lupa, sedih untuk diingat tetapi sukar untuk melupakan. Setelah dua tahun aku bersama-sama dia. Tinggal di asrama sekolah menengahku.  Makan bersama-sama, solat bersama-sama, main bersama-sama, namun tidak sesekali ku bayangkan bahawa dirimu akan meninggalkan diriku.

Mengapa kau pergi meninggalkan diriku sedangkan aku masih memerlukanmu, adakah kamu tidak mengasihi diriku sebagaimana aku menyayangimu. SUATU PERISTIWA YANG SENTIASA BERSEMADI DALAM FIKIRANKU. 



Pada dua Februari, waktu pagi yang indah. Aku, kamu dan semua rakan-rakan yang lain berjoging ke pantai. Pada waktu itu aku berada hanya 20 meter di hadapan. Sewaktu itu, kami semua berjoging bersebelahan jalan. Kawanku, kita semua bergembira ketika itu kerana itu kali pertama asrama mengadakan program seperti itu.

Pada waktu itu, aku berjoging seperti biasa, tiba-tiba aku terdengar dentuman yang kuat, aku tengok ke belakang. Aku pelik, eh ! Mengapa kawan-kawanku banyak berkumpul di sana, apa yang terjadi? aku terus berlari ke sana, hatiku semakin resah. Aku ternampak ada manusia yang terbaring, dalam berlumuran darah dan tangan yang patah. Darah beku yang ada dalam tubuh orang itu dimuntahkan keluar. Aku sangat terkejut, itu adalah rakanku, mengapa ini terjadi? kenapa ada kereta yang terbalik di tepi sana? apa yang berlaku?

Allah, adakah aku sedang bermimpi? tolonglah Ya Allah, ini bukan realiti kan? Ini hanya fantasi, aku cuma bermimpi. Aku cuba pejamkan mata dan buka kembali namun aku masih tidak sedar daripada mimpi. Titisan air jatuh ke tanah, ku tak berdaya untuk buat apa lagi, kawanku kemalangan di hadapan mataku, dia nazak di hadapan mataku, dia menghadapi sakaratul maut di hadapan mataku, dan akhirnya dia juga meninggal dunia di depan mataku.

Tuhanku, apa yang aku mampu lakukan? saat dia merintih kesakitan, aku tidak mampu lakukan apa-apa. Kawankah aku ini? Aku langsung tidak berguna, aku melihat kawanku tanpa dapat melakukan apa-apa. Tubuhku kaku, tidak dapat bergerak. Aku rebah, kawanku, saat kau ingin pergi meninggalkan diriku, aku tidak pernah menyangka bahawa kau akan tinggalkan diriku seawal ini.

Kawanku ! esok hari lahir kamu, hanya sehari lagi, kita janji akan keluar ke bandar esok. Ayah kamu telah berjanji pada kamu untuk bawa kamu keluar makan makanan kegemaran kamu esok. Kawan ! mengapa?! hanya satu hari sahaja lagi. Kenapa kamu tak tepati janji? Kamu tidak menyayangi bapa kamu ke? :'( ( ; . ;).

video


Kau pergi, aku masih memerlukan kamu, kerelaan menerima takdir membuatkan aku meneruskan hidup yang gundah ini. Kawanku, kau tetap di hatiku. Selamat Tinggal. Semoga kau bahagia di akhirat.

Monday, 15 August 2011

Ponteng

Gejala ponteng semakin hari semakin giat berlaku, apa nak jadi pada anak muda sekarang, bagai telinga kuali yang tak mahu mendengar kata. Wah! boleh tahan juga aku baca berita, macam pengacara televisyen tu je. Seperti yang tertulis di atas, aku nak cerita la sedikit kenangan lalu aku, aku memang banyak ponteng. Sabar !! aku tak ponteng puasa la, aku cuma ponteng kelas je ^.^ .


Tetapi aku nasihatkan pada semua, jangan la kamu ponteng kelas, nanti bimbang kena buang sekolah je.hehehehe, masa tu aku form 3, aku seorang yang sangat malas untuk belajar. Sebab itu lar keputusan aku tak sehebat orang lain. Tetapi nak buat macam mana, AKU ADALAH AKU, buat apa nak tiru gaya orang lain belajar?

aduihh,, masa tu peperiksaan pertengahan tahun dah dekat, lagi la malas aku nak belajar. Kawan-kawan lain memang semangat untuk belajar. Ada yang belajar sampai tak tidur, ada yang belajar berkumpulan dan banyak lagi lar. Kalau aku cerita semua, tak kan habis la sampai esok. Apa yang aku buat untuk persediaan? entah, aku pun tak tau. Tiap-tiap malam aku tidur awal, belajar pun masa PREP je. tu pun banyak main-main dari belajar. aku study sorang-sorang je sebab aku tak suke berkumpulan. Banyak sangat kerenah.

Biasanya kalau aku ponteng, aku banyak merayau-rayau. Aku tak la melepak. Aku menjadikan bilik guru, pejabat sekolah dan pustaka untuk menjadi tempat ponteng aku. tempat yang aku pilih untuk ponteng amat kreatif dan inovatif sebab itu lar guru pun tak perasan aku sedang ponteng. Hanya guru yang mengajar aku je la yang tahu.

Bila aku fikirkan balik, aku telah mensia-siakan hidupku. Tetapi nasib baik keputusan aku boleh tahan la. Cukup-cukup makan je. Pada waktu ini, AKU TETAP AKU. aku tak juga berubah sepenuhnya, berubah sikit-sikit je. Pesanan kepada semua, JANGANLAH KAMU PONTENG KULIAH WALAUPUN KAMU TERLEWAT BANGUN PAGI. Sekian terima kasih.

Bola Tampar

Jeng3!!! ingin tahu blog hari ni pasal apa? mesti tak nak kan? tapi diriku tidak peduli, ni blog aku, kalau tak nak tahu jangan la baca. Kali ni aku teruja sikit sebab kali ni aku nak cerita mengenai bola tampar yang dikategorikan sebagai sukan. Aku memang minat sangat-sangat pada sukan, semua jenis sukan la. Bola sepak, bola tampar, bola takraw, pingpong, futsal, bola baling dan banyak lagi. Semua aku main. Pada post ni aku nak cerita mengenai tajuk besar di atas tu.

tgk! Ini la bola tampar, bewarna warni kan. sebab tu lar aku minat main bola tampar. walaupun aku tidak berapa besar tapi aku tetap semangat nak main. Aku tak kira la, walaupun aku kurang besar, semua sukan aku main. Bagi aku pandai atau tak pandai, semua itu letak belakang.

Masa aku darjah enam aku wakil sekolah dalam bola tampar, seronok betul. Aku cuma main biasa-biasa je tp nama aku TERMASUK dalam pelajar yang mewakili sekolah. Nak buat macam mana kan, rezeki jangan ditolak, bala jangan dicari, aku TERPAKSA terima je lar. Pada waktu itu, banyak ilmu yang aku belajar, aku semakin seronok main, aku main dengan hati yang ikhlas.

videoni spike


Tanpa diduga, aku terpilih mewakili daerah ke peringkat negeri pula dalam sukan ini, walaupun dalam hati yang berat, aku terima juga la. Ketika perlawanan antara daerah, aku belajar banyak lagi perkara, bukan setakat bola tampar, tp ilmu geografi juga dapat aku belajar kerana aku turut pergi ke tempat-tempat yang menarik setelah penat berlatih.

Sangat seronok. Daerah aku dapat nombor 1!!! adoyaiii, asyik menang je tapi tidak mengapa lah, setiap perkara ada hikmahnya, Untuk mewakili negeri Terengganu, aku tidak terpilih, Bagi aku, itu sudah cukup. Aku bagi peluang pada orang lain pula lah untuk main sukan ini. :-P . MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.

Sunday, 7 August 2011

Ujian Penilaian Sekolah Rendah

Kali ini saya ingin menulis blog berbentuk formal. Hayatilah, renunglah dan selamat beramal.

Mengenang kenangan lalu yang memberi berjuta pengajaran pada diri saya. Ketika saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal (SKBT) di Terengganu, saya telah menghadapi peperiksaan UPSR. Kadang-kadang apabila teringat kembali, saya merasa amat bertuah kenapa dipertemukan dengan sekolah ini. Saya mempunyai rakan-rakan yang baik kerana mereka sering mengambil berat tentang saya.

Saya seorang yang lemah dalam akademik, namun, kawan-kawan saya tetap memberi dorongan kepada saya  untuk belajar. Mereka mengatakan bahawa setiap orang berhak untuk berjaya dan memberi pelbagai kata-kata rangsangan kepada saya. Usaha tangga kejayaan. Kata-kata hikmah yang menjadi pegangan saya sejak dahulu sehingga sekarang. Ketika 5 bulan lagi untuk menghadapi UPSR, saya belajar secara berkumpulan dengan rakan-rakan saya.

Saya telah sedar akan peningkatan diri saya terhadap akademik apabila saya belajar secara berkumpulan. Jika saya tidak mengetahui sesuatu perkara, rakan-rakan yang lebih pandai akan mengajar saya sehingga saya faham dan jika rakan-rakan saya tidak faham sesuatu perkara, saya akan mengajar mereka setakat kemampuan saya. Kami mengamalkan sifat beri dan menerima serta tidak sesekali sombong ketika belajar.
Saat berganti saat, minit berganti minit, hari berganti hari, UPSR semakin mendekati diri saya. Saya merasa gementar kerana saya bimbang saya tidak dapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan yang begitu penting ini. Saya mahu mendapat 5A supaya saya dapat memasuki sekolah menengah elit. Tambahan pula, saya tidak ingin mengecewakan ibu bapa saya yang banyak bekorban untuk saya.

Semakin dekat dengan UPSR, hubungan saya dengan buku bagai isi dan kuku, saya tidak pernah berenggang dengan buku. Setiap malam saya akan membaca buku sampai larut malam, saya sering berdoa agar diberi kefahaman yang cepat dan ingatan yang kuat.


Kini, diri saya telah besar, saya sangat gembira kerana saya dapat keputusan yang sangat cemerlang dalam UPSR, banyak kenangan pada waktu dahulu yang memberi pengajaran kepada saya. Tetapi, saya tetap mengambil pengalaman yang lalu, untuk dijadikan pedoman pada waktu sekarang dan akan bersemadi dengan pengalaman yang saya ada sehingga ke akhir hayat saya.


Sunday, 31 July 2011

Lawatan ke muzium

Assalamualaikum semua, kome sihat? ok bha kala kaw. Ini post yang kedua aku, walaupun aku tak tahu nak tulis apa, tapi tiba-tiba aku teringat pada suatu tempat. MUZIUM. Negeri kome ada muzium ke? hahaha, mesti tak ada kan? x apa la, jangan jeles. Mari aku cerita apa yang ada dalam muzium. kejap! kome tau ke apa itu muzium. Aiya, benda macam itu pun tak tau maaa,tekan link ni. http://dict.rewaz.org/search/browse/muzium.re.  Tengok sendiri link tu, usaha tangga kejayaan kan. Yang aku pergi ni namanya muzium losong, pergi masa sekolah rendah, uihhhh, seronok? memey ar A.K.A memang laa. Sangat seronok.


Biasanya muzium ada patung, kisah mengenai pahlawan tp muzium losong ni unik, bukan setakat ada pahlawan, dinasour pun ada, bukan dinasour palsu larr, dapat bergerak lagi siap keluarkan bunyi, banyak jenis dinasour, tp sayangnya dinasour tu tak hidup la. Cuma menggunakan tekologi robot seperti yang Syed Amin bicarakan masa lisan Bahasa Melayu.
tengok la peta tu, muzium ni sangat besar, ada dinasour, pahlawan dan banyak lagi. Terdapat juga maklumat-maklumat mengenai binatang yang pupus ini, maklumat yang ditonjolkan amat menarik perhatian aku. MACAM-MACAM ADA. Yang aku cakap dinasour tu dalam muzium. kome tau apa yang ada luar muzium?



Ada kapal ' PIRATE OF CARRIBEAN '. Percaya tak? aku pun x percaya, bukan kapal cerita tu, tp kapal pada zaman dahulu, sangat besar, dan tahan lama, tidak silap aku dah beratus-ratus tahun kapal tu wujud, sampai sekarang kayu kapal tu tak pernah reput. Hebat betul orang zaman dahulu. Ilmu apa yang dia pakai? LU PIKIR LA SENDIRI, ASSALAMUALAIKUM.

Wednesday, 27 July 2011

Sekolah Rendah

Sekolah Kebangsaan bukit tunggal a.k.a SKBT. sekolah lama dulu. aduhai! susah la nak ingat memori lama ni, buat pening je tapi tak apa la, assignment punye pasal, buat je la dengan hati yang ikhlas walaupun terpaksa. Mula-mula nak cerita mengenai sekolah ni, SKBT ni adalah satu sekolah, tempat cikgu ajar pelajar la maksud aku, sekolah aku sangat la cantik sampai aku sendiri dah malas nak tengok sebab bimbang riak pula. Tak pasal-pasal dapat dosa. Senang cerita macam ni la, tengok sendiri la gambar di bawah ni, kalau aku puji korang tak percaya pulak.

 hah!!! tengok la sendiri, cantik kan? memang la ni bukan gambar sekolah, ni la gambar pustaka sekolah, betapa indah dan permai suasana pustaka sekolah aku kan? hehehe. kalau pustaka dah secantik ini, sekolah tak perlu cakap la, berlipat kali ganda lebih cantik. EH!, APA YANG AKU MEREPEK NI, bukan nak cerita pasal keindahan sekolah la, ni nak cerita, masa di sekolah ni, aku jadi pengawas pustaka, aku tak la hebat mana, cuma penolong ketua pustaka je.

Tapi biasa la, budak kecik, bangga bila dapat pangkat tapi, kerja? haram aku buat. Hahahaha, aku kan pembantu ketua, aku arah anak buah je lar. Semua orang yang ada di bawah aku, aku arah je ikut hati aku, alarrr... ketua pustaka pun aku arahkan,apatah lagi anak buah, aku pun keliru, siapa yang ketua sebenarnya. Tapi aku tak peduli, apa salahnya 'Queen Control' kan? sekali sekala je.

aihhh?? Tiba- tiba je gambar lencana sekolah ni, haaaaa, ni lencana sekolah aku,
cantik kan? dulu lencana ni aku buat tak endah je. Apa yang ada pada lencana? baik nama aku, ada makna tersirat lagi.hehehehe. Bila aku masuk sekolah menengah baru aku tau, lencana ni melambangkan sekolah rupanya, setiap sekolah ada lencana masing-masing. Aku ingatkan sekolah aku je ada lencana cantik ni, sekolah lain ada juga rupanya. Tak boleh la aku nak bangga. ( ; _ ; ).

Antara pengajaran yang saya dapat dalam....eehhh!!!! berhenti! kenapa ayat karangan pula ni, aku dah besar la, lagipun ini blog bro, bukannya karangan spm. ish3. Sekolah ni la yang ajar aku untuk jadi pustakawan yang gila kuasa. Hehehe, gurau je, jangan jadi orang yang gila kuasa ye. Sekian. Sila la bagi komen kat bawah.