Masa aku darjah enam aku wakil sekolah dalam bola tampar, seronok betul. Aku cuma main biasa-biasa je tp nama aku TERMASUK dalam pelajar yang mewakili sekolah. Nak buat macam mana kan, rezeki jangan ditolak, bala jangan dicari, aku TERPAKSA terima je lar. Pada waktu itu, banyak ilmu yang aku belajar, aku semakin seronok main, aku main dengan hati yang ikhlas.
ni spike
Tanpa diduga, aku terpilih mewakili daerah ke peringkat negeri pula dalam sukan ini, walaupun dalam hati yang berat, aku terima juga la. Ketika perlawanan antara daerah, aku belajar banyak lagi perkara, bukan setakat bola tampar, tp ilmu geografi juga dapat aku belajar kerana aku turut pergi ke tempat-tempat yang menarik setelah penat berlatih.
Sangat seronok. Daerah aku dapat nombor 1!!! adoyaiii, asyik menang je tapi tidak mengapa lah, setiap perkara ada hikmahnya, Untuk mewakili negeri Terengganu, aku tidak terpilih, Bagi aku, itu sudah cukup. Aku bagi peluang pada orang lain pula lah untuk main sukan ini. :-P . MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.
No comments:
Post a Comment