Tuesday, 16 August 2011

Peristiwa

Pada kali ini, aku nak luahkan mengenai satu pengalaman yang memang aku tak boleh lupa, sedih untuk diingat tetapi sukar untuk melupakan. Setelah dua tahun aku bersama-sama dia. Tinggal di asrama sekolah menengahku.  Makan bersama-sama, solat bersama-sama, main bersama-sama, namun tidak sesekali ku bayangkan bahawa dirimu akan meninggalkan diriku.

Mengapa kau pergi meninggalkan diriku sedangkan aku masih memerlukanmu, adakah kamu tidak mengasihi diriku sebagaimana aku menyayangimu. SUATU PERISTIWA YANG SENTIASA BERSEMADI DALAM FIKIRANKU. 



Pada dua Februari, waktu pagi yang indah. Aku, kamu dan semua rakan-rakan yang lain berjoging ke pantai. Pada waktu itu aku berada hanya 20 meter di hadapan. Sewaktu itu, kami semua berjoging bersebelahan jalan. Kawanku, kita semua bergembira ketika itu kerana itu kali pertama asrama mengadakan program seperti itu.

Pada waktu itu, aku berjoging seperti biasa, tiba-tiba aku terdengar dentuman yang kuat, aku tengok ke belakang. Aku pelik, eh ! Mengapa kawan-kawanku banyak berkumpul di sana, apa yang terjadi? aku terus berlari ke sana, hatiku semakin resah. Aku ternampak ada manusia yang terbaring, dalam berlumuran darah dan tangan yang patah. Darah beku yang ada dalam tubuh orang itu dimuntahkan keluar. Aku sangat terkejut, itu adalah rakanku, mengapa ini terjadi? kenapa ada kereta yang terbalik di tepi sana? apa yang berlaku?

Allah, adakah aku sedang bermimpi? tolonglah Ya Allah, ini bukan realiti kan? Ini hanya fantasi, aku cuma bermimpi. Aku cuba pejamkan mata dan buka kembali namun aku masih tidak sedar daripada mimpi. Titisan air jatuh ke tanah, ku tak berdaya untuk buat apa lagi, kawanku kemalangan di hadapan mataku, dia nazak di hadapan mataku, dia menghadapi sakaratul maut di hadapan mataku, dan akhirnya dia juga meninggal dunia di depan mataku.

Tuhanku, apa yang aku mampu lakukan? saat dia merintih kesakitan, aku tidak mampu lakukan apa-apa. Kawankah aku ini? Aku langsung tidak berguna, aku melihat kawanku tanpa dapat melakukan apa-apa. Tubuhku kaku, tidak dapat bergerak. Aku rebah, kawanku, saat kau ingin pergi meninggalkan diriku, aku tidak pernah menyangka bahawa kau akan tinggalkan diriku seawal ini.

Kawanku ! esok hari lahir kamu, hanya sehari lagi, kita janji akan keluar ke bandar esok. Ayah kamu telah berjanji pada kamu untuk bawa kamu keluar makan makanan kegemaran kamu esok. Kawan ! mengapa?! hanya satu hari sahaja lagi. Kenapa kamu tak tepati janji? Kamu tidak menyayangi bapa kamu ke? :'( ( ; . ;).

video


Kau pergi, aku masih memerlukan kamu, kerelaan menerima takdir membuatkan aku meneruskan hidup yang gundah ini. Kawanku, kau tetap di hatiku. Selamat Tinggal. Semoga kau bahagia di akhirat.

3 comments:

  1. Allah sntiasa menguji hamba-hamba Nya y terpilih...ujian Allah menunjukkn Dia sntiasa bersama kita..setiap y berlaku pasti ada hikmah y disebaliknya..

    ReplyDelete
  2. sabar menerima apa yang telah di berikan.. pasti ada jalan terbaik dari peristiwa ini..
    http://hpdanspesifikasi.blogspot.com/ http://hpdanspesifikasi.blogspot.com/ http://hpdanspesifikasi.blogspot.com/ http://hpdanspesifikasi.blogspot.com/

    ReplyDelete