Sunday 7 August 2011

Ujian Penilaian Sekolah Rendah

Kali ini saya ingin menulis blog berbentuk formal. Hayatilah, renunglah dan selamat beramal.

Mengenang kenangan lalu yang memberi berjuta pengajaran pada diri saya. Ketika saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal (SKBT) di Terengganu, saya telah menghadapi peperiksaan UPSR. Kadang-kadang apabila teringat kembali, saya merasa amat bertuah kenapa dipertemukan dengan sekolah ini. Saya mempunyai rakan-rakan yang baik kerana mereka sering mengambil berat tentang saya.

Saya seorang yang lemah dalam akademik, namun, kawan-kawan saya tetap memberi dorongan kepada saya  untuk belajar. Mereka mengatakan bahawa setiap orang berhak untuk berjaya dan memberi pelbagai kata-kata rangsangan kepada saya. Usaha tangga kejayaan. Kata-kata hikmah yang menjadi pegangan saya sejak dahulu sehingga sekarang. Ketika 5 bulan lagi untuk menghadapi UPSR, saya belajar secara berkumpulan dengan rakan-rakan saya.

Saya telah sedar akan peningkatan diri saya terhadap akademik apabila saya belajar secara berkumpulan. Jika saya tidak mengetahui sesuatu perkara, rakan-rakan yang lebih pandai akan mengajar saya sehingga saya faham dan jika rakan-rakan saya tidak faham sesuatu perkara, saya akan mengajar mereka setakat kemampuan saya. Kami mengamalkan sifat beri dan menerima serta tidak sesekali sombong ketika belajar.
Saat berganti saat, minit berganti minit, hari berganti hari, UPSR semakin mendekati diri saya. Saya merasa gementar kerana saya bimbang saya tidak dapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan yang begitu penting ini. Saya mahu mendapat 5A supaya saya dapat memasuki sekolah menengah elit. Tambahan pula, saya tidak ingin mengecewakan ibu bapa saya yang banyak bekorban untuk saya.

Semakin dekat dengan UPSR, hubungan saya dengan buku bagai isi dan kuku, saya tidak pernah berenggang dengan buku. Setiap malam saya akan membaca buku sampai larut malam, saya sering berdoa agar diberi kefahaman yang cepat dan ingatan yang kuat.


Kini, diri saya telah besar, saya sangat gembira kerana saya dapat keputusan yang sangat cemerlang dalam UPSR, banyak kenangan pada waktu dahulu yang memberi pengajaran kepada saya. Tetapi, saya tetap mengambil pengalaman yang lalu, untuk dijadikan pedoman pada waktu sekarang dan akan bersemadi dengan pengalaman yang saya ada sehingga ke akhir hayat saya.


1 comment:

  1. http://hpdanspesifikasi.blogspot.com/ http://hpdanspesifikasi.blogspot.com/ http://hpdanspesifikasi.blogspot.com/ http://hpdanspesifikasi.blogspot.com/ http://hpdanspesifikasi.blogspot.com/

    ReplyDelete