Monday 15 August 2011

Ponteng

Gejala ponteng semakin hari semakin giat berlaku, apa nak jadi pada anak muda sekarang, bagai telinga kuali yang tak mahu mendengar kata. Wah! boleh tahan juga aku baca berita, macam pengacara televisyen tu je. Seperti yang tertulis di atas, aku nak cerita la sedikit kenangan lalu aku, aku memang banyak ponteng. Sabar !! aku tak ponteng puasa la, aku cuma ponteng kelas je ^.^ .


Tetapi aku nasihatkan pada semua, jangan la kamu ponteng kelas, nanti bimbang kena buang sekolah je.hehehehe, masa tu aku form 3, aku seorang yang sangat malas untuk belajar. Sebab itu lar keputusan aku tak sehebat orang lain. Tetapi nak buat macam mana, AKU ADALAH AKU, buat apa nak tiru gaya orang lain belajar?

aduihh,, masa tu peperiksaan pertengahan tahun dah dekat, lagi la malas aku nak belajar. Kawan-kawan lain memang semangat untuk belajar. Ada yang belajar sampai tak tidur, ada yang belajar berkumpulan dan banyak lagi lar. Kalau aku cerita semua, tak kan habis la sampai esok. Apa yang aku buat untuk persediaan? entah, aku pun tak tau. Tiap-tiap malam aku tidur awal, belajar pun masa PREP je. tu pun banyak main-main dari belajar. aku study sorang-sorang je sebab aku tak suke berkumpulan. Banyak sangat kerenah.

Biasanya kalau aku ponteng, aku banyak merayau-rayau. Aku tak la melepak. Aku menjadikan bilik guru, pejabat sekolah dan pustaka untuk menjadi tempat ponteng aku. tempat yang aku pilih untuk ponteng amat kreatif dan inovatif sebab itu lar guru pun tak perasan aku sedang ponteng. Hanya guru yang mengajar aku je la yang tahu.

Bila aku fikirkan balik, aku telah mensia-siakan hidupku. Tetapi nasib baik keputusan aku boleh tahan la. Cukup-cukup makan je. Pada waktu ini, AKU TETAP AKU. aku tak juga berubah sepenuhnya, berubah sikit-sikit je. Pesanan kepada semua, JANGANLAH KAMU PONTENG KULIAH WALAUPUN KAMU TERLEWAT BANGUN PAGI. Sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment